Larang Huawei Jejas Kepentingan Pengguna AS

2019-05-18 15:30:41  CRI
Share with:

Larangan terhadap Huawei akan meningkatkan harga produk berkenaan hingga menjejaskan kepentingan pengguna di AS, di samping menghalang pengguna dan syarikat AS memperoleh teknologi telekomunikasi yang paling maju.

Demikian pandangan yang disuarakan Naib Presiden Kanan Huawei, Chen Lifang dalam artikelnya pada akhbar The New York Times baru-baru ini.

Dalam artikel berjudul "AS Memerlukan Huawei" itu, Chen Lifang berkata, Huawei membeli produk dan perkhidmatan bernilai lebih USD11 bilion (RM46 bilion) dari AS setiap tahun. Larangan terhadap Huawei bakal mengurangkan puluhan ribu peluang pekerjaan di AS.
 
Kelengkapan Huawei sedang digunakan oleh sesetengah syarikat telekomunikasi kecil dan sederhana AS. Larangan berkenaan akan menyebabkan mereka terpaksa menggantikan kelengkapan, sekali gus meningkatkan kos operasi mereka.

Di samping itu, Huawei diiktiraf sebagai pelopor teknologi 5G. Larangan terhadap Huawei akan menghalang AS daripada memajukan jaringan 5G seiringan negara-negara lain, sekali gus menjejaskan ekonominya sendiri.

Beliau turut menegaskan bahawa larangan tersebut tidak dapat membantu menjadikan jaringan digital AS lebih selamat.
 

張哲