Jerman Tidak Tolak Huawei dalam Pembinaan 5G

2019-05-18 15:31:37  CRI
Share with:

Kerajaan Jerman menentang amalan menolak syarikat Huawei China menyertai pembinaan jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G) di negara itu.

Ketua Agensi Rangkaian Persekutuan Jerman, Jochen Homann dalam sidang media kelmarin berkata, mana-mana pembekal kelengkapan rangkaian termasuk Huawei tidak seharusnya ditolak asalkan memenuhi piawaian baharu keselamatan siber Jerman berprinsipkan keneutralan teknologi.

Kata beliau, setakat ini, pihaknya masih belum mendapati Huawei pernah melakukan sebarang perbuatan yang tidak dibenarkan.

Kerajaan Jerman membuka tender bagi spektrum 5G baru-baru ini. Syarikat yang memenangi tender tersebut perlu menyediakan perkhidmatan 5G untuk 98% keluarga di negara itu menjelang akhir 2022, dan untuk laluan jalan raya dan landasan kereta api utama menjelang akhir 2024. 
 

張哲