Utusan Budaya Mula Kembara Jalan Sutera

2019-05-18 14:35:20  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1、即將踏上絲路的52位文化使者

Kembara Jalan Sutera yang membabitkan 52 utusan budaya dari negara-negara Eropah dilancarkan di Hamburg, Jerman semalam.


Dalam masa 53 hari, mereka akan melawat Poland, Belarus, Rusia, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan tiba di destinasi terakhir iaitu Shanghai China pada bulan Julai.

圖片默認標題_fororder_3、陳鴻傑(左)與王安迪揮旗發車


Akvititi anjuran Persatuan Pertukaran Jerman-China bersama pengusaha pelancongan ZEIT REISEN di bawah majalah mingguan DIE ZEIT, mendapat sokongan padu Konsulat Jeneral China di Hamburg serta Pejabat Kementerian Budaya dan Pelancongan China (MCT) di Frankfurt.

Naib Konsul Jeneral China ke Hamburg, Wang Wei menyatakan pelancongan merupakan kaedah baik bagi meningkatkan persefahaman dan menghapuskan salah faham. Para peserta diharap dapat memberi sumbangan lebih besar untuk mempererat hubungan antara China dengan negara-negara terlibat melalui kembara kali ini.

Ketua Pengarah Pejabat MCT di Frankfurt, Chen Hongjie pula menyatakan pelancongan bahagian penting dalam interaksi tamadun, juga saluran penting bagi memperkukuh persefahaman 

圖片默認標題_fororder_5、文化使者臨行前與大巴自拍

張弘