Larangan AS Tidak Jejas Pembekalan Huawei

2019-05-19 15:33:01  CRI
Share with:
Pada 16 Mei, Jabatan Perdagangan AS menyenaraikan Huawei dan 70 subsidiarinya untuk dikenakan larangan membeli teknologi dan kelengkapan dari AS. Di luar jangkaan Washington, tindakan berkenaan tidak menjejaskan pembekalan untuk Huawei kerana syarikat itu beralih menggunakan komponen pengganti yang mulai dikaji dan dihasilkan sendiri sejak lebih 10 tahun lepas.

Sebagai gergasi sains dan teknologi, AS mengheboh-hebohkan mesti memenangi persaingan melibatkan jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G), dan tidak mengizinkan kehadiran sebarang pencabar dalam hal ini. Walaupun tidak mengakui bermain percaturan sekatan bagi memenangi persaingan tersebut, tetapi niat di sebalik tindakan AS jelas kelihatan termasuk mempergunakan konsep "keselamatan negara", mempolitikkan isu berkenaan dan melobi sekutunya mengambil tindakan serupa terhadap Huawei.

Pada hakikatnya, perbuatan AS tidak akan menjadikannya lebih selamat dan hebat, sebaliknya bakal memberi tempias kepada syarikat AS yang menjadi rakan kerjasama Huawei, sekali gus menjejaskan puluhan ribu peluang pekerjaan di negara itu. 

Sebagai contoh, Qualcomm dan Xilinx merupakan rakan kongsi utama Huawei di AS. Harga saham kedua-dua syarikat itu menjunam sebaik sahaja kerajaan AS mengumumkan larangan tersebut. 

Pada masa yang sama, sesetengah pemimpin negara Eropah termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jermen, Angela Merkel telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak akan mencontohi AS dalam mengenakan sekatan terhadap Huawei.

 

張哲