Ubah Tekanan Jadi Motivasi

2019-05-19 14:50:50  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_bc496256-d8aa-4be1-b3d1-4fe9354bb9c0

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_7f92e989-af80-4234-a62e-3da8b92d59da

Pameran Teknologi Viva 2019 berlangsung di Paris, Perancis pada 16 hingga 18 Mei. 

Syarikat Huawei China membawa produk baharunya ke pameran tersebut, di samping menganjurkan persidangan perintis yang pertama.


Naib Presiden Huawei bagi perkhidmatan pengguna, Su Jie berkata, penganjuran persidangan perintis di Eropah adalah kerana Huawei sudah mempunyai golongan pengguna yang amat besar di pasaran luar negara.

Menyentuh kebimbangan tentang kemungkinan larangan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) memberi impak negatif terhadap urus niaga akses awan Huawei, Su Jie menyatakan hal ini tergantung pada pilihan pengguna.

Katanya,  Huawei akan mengubah  tekanan daripada AS menjadi motivasi untuk terus melangkah ke hadapan. Huawei komited menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.
梁靚