Bahagian Tengah China Jadi Tumpuan Pelaburan

2019-05-19 15:23:38  CRI
Share with:

Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Bahagian Tengah China ke-11 membuka tirai di Nanchang, provinsi Jiangxi semalam.

Dengan tema "Keterbukaan Bertaraf Tinggi, Pembangunan Berkualiti", ekspo tersebut menarik pelibatan lebih 6,000 tokoh politik, sarjana dan usahawan dari 54 negara dan wilayah.

Para peserta berpendapat bahagian tengah semakin menjadi zon pertumbuhan baharu bagi ekonomi China.

Bahagian tengah China meliputi enam provinsi iaitu Shanxi, Anhui, Henan, Hubei, Hunan dan Jiangxi.

Berdasarkan statistik, pertumbuhan ekonomi di bahagian tengah mencatat 7.8% pada 2018, 1.2% lebih tinggi berbanding kadar purata keseluruhan negara.

Pada tahun sama, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat kira-kira RMB19.3 trilion (RM11.6 trilion), menyumbang 21.4% kepada KDNK seluruh negara.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan menyifatkan ekspo tahun ini menyediakan peluang besar untuk kerjasama perdagangan antarabangsa.

張弘