AS Digesa Elak Tindakan Jejas Hubungan

2019-05-19 15:33:42  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China yang juga Menteri Luar, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menerusi telefon semalam.

Wang Yi berkata AS membuat kenyataan dan tindakan yang menjejaskan kepentingan China dalam pelbagai aspek kebelakangan ini, termasuk menghalang operasi normal syarikat melalui pendekatan politik. China menentang keras tindakan tersebut dan menggesa AS mengubah perbuatannya bagi mengelakkan hubungan dua hala terus terjejas.

Kata beliau, China sentiasa menyarankan penyelesaian percanggahan isu ekonomi dan perdagangan melalui rundingan. Namun rundingan perlu diadakan secara sama rata. Dalam pada itu, China mesti mempertahankan kepentingan sendiri, memenuhi aspirasi rakyat dan melindungi prinsip asas hubungan antarabangsa. 

Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pendapat tentang isu antarabangsa dan serantau. 
 

張哲