China Sambut Hari Pelancongan

2019-05-19 14:46:43  CRI
Share with:
Hari ini merupakan Hari Pelancongan China. Tema sambutan tahun ini ialah "Integrasi Budaya dan Pelancongan Demi Kehidupan Lebih Indah".

Sejak beberapa hari lepas, pelbagai aktiviti turut diadakan di serata negara. Orang ramai pula menjejak kaki ke luar untuk merasai kegembiraan dan keseronokan yang dibawa oleh pelancongan budaya.

Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2019 telah membuka tirai selama lebih tiga minggu di Beijing, tetapi masih tidak pernah sunyi daripada kunjungan.

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menganjurkan persembahan seni, pameran warisan budaya bukan benda dan lain-lainnya bagi memenuhi keperluan orang ramai yang semakin meningkat terhadap pelancongan budaya.

Sempena Persidangan Dialog Tamadun Asia pula, siri aktiviti yang memperlihatkan pesona dan kegemilangan tamadun Asia turut diadakan termasuk jerayawara dan pameran tamadun, pesta makanan, pameran budaya dan pelancongan serta minggu filem dan televisyen.

Antaranya Pesta Makanan Asia yang diadakan di Chengdu menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Acara itu membolehkan orang ramai lebih mendekati budaya tempatan, sambil menjamu selera dengan juadah istimewa negara-negara Asia.

 
張弘