KBS Cadang Perkenal Modul Budaya Malaysia kepada Atlet, Sukarelawan

2019-05-19 13:50:24  CRI
Share with:

Bagi melahirkan atlet berkualiti yang membawa nama baik negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang memperkenalkan modul budaya Malaysia sebagai pengetahuan tambahan kepada atlet negara.

Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata ini kerana setiap atlet yang mewakili negara merupakan duta kecil Malaysia.

Katanya kepada Bernama selepas sesi ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Beijing pada majlis berbuka puasa di Kedutaan Malaysia, malam semalam.

Majlis yang dihadiri 100 pelajar itu turut disertai wakil kedutaan Malaysia di China.

Selain atlet, KBS turut merancang memperkenal modul ini kepada kumpulan sukarelawan MYCorps di bawah KBS.

Sim dalam rangka lawatan kerja enam hari ke Beijing bermula Selasa, bagi mewakili kerajaan pada Persidangan Dialog Tamadun Asia yang bertemakan 'Interaksi, Saling Belajar antara Tamadun Asia dan Komuniti Berkongsi Nasib'.

Dalam lawatan itu, beliau turut melawat Sekolah Sukan Beijing Shi Cha Hai yang antara lain bagi meneroka kerjasama dalam bidang kesukanan dan membina perkongsian baharu.

(Sumber dari BERNAMA)

張弘