Semarakkan 'Semangat Shanghai', Bina Komuniti Berkongsi Nasib SCO

2019-06-15 15:25:16  CRI
Share with:

 

 

 

圖片默認標題_fororder_sco5

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diseru menimba kebijakan daripada "Semangat Shanghai", mendapatkan tenaga daripada perpaduan dan kerjasama, agar menjadikan SCO teladan yang bersatu-padu, saling percaya, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, saling untung, menang-menang, saling belajar dan bersikap inklusif ,sehingga membentuk Komuniti Berkongsi Nasib SCO.

圖片默認標題_fororder_sco6

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Ke-19 Majlis Pemimpin Negara SCO yang telah diadakan di Bishkek, Kyrgyzstan semalam. 

圖片默認標題_fororder_sco

Beliau menegaskan, di hadapan semakin banyak cabaran global, sebagai pertubuhan yang bertanggungjawab, SCO sepatutnya memegang prinsip tadbir urus global yang bersama-sama berbincang, berkembang dan berkongsi, melindungi sistem antarabangsa yang berintikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mendorong multilateralisme dan perdagangan bebas, dan menggalakkan perkembangan orde antarabangsa ke arah yang lebih adil dan rasional. Untuk itu, SCO disarankan menyempurnakan ikatan rakan, memainkan peranan lebih positif dalam urusan antarabangsa dan serantau, agar mendorong kedamaian yang berkekalan dan kemakmuran bersama.

圖片默認標題_fororder_sco4
Para hadirin menegaskan akan mempertahankan multilateralisme, menaati Piagam PBB, menjalin hubungan antarabangsa yang baharu berdasarkan undang-undang antarabangsa, membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan memperhebat peranan SCO dalam urusan antarabangsa dan serantau.

圖片默認標題_fororder_sco2

Selain itu, ramai pemimpin negara menilai tinggi pencapaian Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menyokong penyelarasan strategik pembangunan negara masing-masing dengan pelaksanaan BRI.

高蕾