Sidang Kemuncak ASEAN Sabtu Ini

2019-06-20 16:07:08  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 bakal diadakan di Bangkok, Thailand pada 22 hingga 23 Jun. Pemimpin 10 negara anggota ASEAN akan berkumpul untuk membincangkan isu-isu utama serantau dan antarabangsa.

Sidang bertemakan "sinergi galak pembangunan mampan", mengutamakan kerjasama komprehensif berdasarkan kepentingan bersama. 

Pengarah Jabatan ASEAN Kementerian Luar Thailand, Suriya Chindawongse berkata, sidang kali ini akan menumpukan pendigitalan, ekonomi hijau, kesalinghubungan serta peningkatan peranan teras ASEAN. 

Tumpuan lain termasuk impak perang perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi rantau ini, strategi Asia Pasifik AS, situasi Semenanjung Korea, isu Laut China Selatan, krisis pelarian Rohingya dan permohonan keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN.

徐國瑋