Dialog, Rundingan Jalan Selesai Pergeseran

2019-06-20 13:16:15  CRI
Share with:

Satu perjanjian yang saling menguntungkan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja sesuai dengan kepentingan rakyat masing-masing, malah menjadi hasrat bersama masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam berkata, China telah berulang kali menekankan bahawa perselisihan dalam sektor ekonomi dan perdagangan boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan.

Dilaporkan, Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer mengulas pergeseran berkenaan semalam, menyatakan bahawa dialog dengan China tidak dapat dijalankan.

Sehubungan itu, Persiden Xi Jinping pada hari yang sama menghubungi rakan sejawatnya, Donald Trump melalui telefon.

Trump mengatakan pihaknya mengutamakan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China dan berharap agar kumpulan kerja kedua-dua pihak mempergiat interaksi agar pergeseran dapat diselesaikan secepat mungkin.

Presiden Xi bersetuju mengekalkan komunikasi antara kumpulan kerja kedua-dua negara.

覃淼