Kenaikan Tarif Jejas Industri Kegiatan Luar AS

2019-06-20 16:01:32  CRI
Share with:

Tarif tambahan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap produk China telah mengakibatkan kerugian lebih USD1.1 bilion (RM5.13 bilion) terhadap industri kegiatan luar AS sendiri. 

Laporan terbaharu Persatuan Industri Kegiatan Luar AS (OIA) menunjukkan, industri berkenaan akan mengalami kerugian sebanyak USD1.5 bilion (RM7 bilion) sebulan jika tarif berkenaan terus dinaikkan.

Ketua-ketua jenama produk kegiatan luar seperti Columbia Sportswear, BOCO Gear dan Keen Footwear turut melahirkan bantahan terhadap dasar tarif Washington melalui laporan tersebut. Mereka menyatakan dasar perdagangan kerajaan membawa ketidakpastian kepada pelaburan syarikat, dan kos tambahan akhirnya ditanggung oleh pengguna.

徐國瑋