Laporan WB: BRI Mampu Jana Kemajuan Ekonomi

2019-06-20 16:06:23  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mampu mempercepat pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan di puluhan negara membangun.
 
Bank Dunia (WB) dalam laporan yang menilai "peluang dan risiko dibawa koridor pengangkutan", menyebut bahawa pelaksanaan BRI akan membolehkan 32 juta orang mengatasi kemiskinan tahap sederhana.

Laporan tersebut menilai secara objektif prestasi pembangunan BRI sepanjang enam tahun lalu, berserta cadangan mengenai kawalan risiko berkenaan. 

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang mengulangi kesediaan China untuk bersama-sama rakan kongsinya menjayakan pembangunan BRI.

Laporan itu menilai positif peranan BRI bagi merangsang perdagangan dan pelaburan sejagat, namun menekankan perlunya pembaharuan dasar agar meningkatkan ketelusan, membaiki kelestarian hutang, serta mengurangkan risiko dari segi alam sekitar, sosial dan rasuah.

徐國瑋