China Beri Lampu Hijau Eksport Musang King Beku

2019-06-20 13:15:49  CRI
Share with:

Buah durian Musang King (Raja Kunyit) sejuk beku seberat 4 tan yang diimport dari Malaysia telah tiba di Shanghai, China.

Sebelum ini, pengimportan buah durian tersebut tidak mendapat kelulusan pemeriksaan dan kuarantin Kastam China kerana kulitnya telah bersentuh dengan tanah selepas luruh dari pokok.

Dengan bantuan Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) Alibaba, China dan Malaysia memeterai protokol syarat pemeriksaan dan kuarantin buah durian Musang King sejuk beku pada 20 Ogos tahun lepas, setelah beberapa pusingan rundingan.

eWTP wadah kerjasama syarikat e-dagang China di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Seiring dengan penglibatan makin luas negara-negara ASEAN dalam BRI, wadah serupa eWTP akan membolehkan perdagangan lebih bebas lagi mudah antara China dengan anggota blok itu.

覃淼