SAR Gempa Sichuan Selesai

2019-06-20 13:15:26  CRI
Share with:

Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di Changning, provinsi Sichuan yang dilanda bencana gempa bumi sudah selesai pada pukul 4 petang semalam.

Difahamkan, gempa pada malam Isnin lalu mengakibatkan 220 orang cedera sementara 240 ribu orang terjejas, kira-kira 50 ribu orang dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Gegaran turut merosakkan kemudahan bekalan elektrik, komunikasi, air, gas dan lalu lintas serta persekitaran ekologi.

Tiada penularan wabak penyakit berjangkit dilaporkan di kawasan bencana.

覃淼