Seru Bantu Tangani Ebola

2019-07-18 14:31:23  CRI
Share with:
Wabak Ebola yang menular di Republik Demokratik Congo (DRC) adalah kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa (PHEIC).

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru dunia bekerjasama dengan DRC untuk menangani penyebaran wabak Ebola dan menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik.
  
Menurut statistik WHO, sebanyak 2,418 kes jangkitan Ebola dilaporkan di DRC setakat 15 Julai, dengan 1,582 kematian.

Dalam tempoh 2013 hingga 2016, Ebola telah meragut lebih 10,000 nyawa di negara-negara Afrika Barat.
 
張哲