33 Maut Studio Animasi Terbakar

2019-07-19 11:20:15  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_timg (72)

Kebakaran yang berlaku di sebuah studio animasi di Kyoto pagi semalam telah mengakibatkan 33 terkorban dan 36 lagi cedera setakat ini.

Polis memaklumkan seorang lelaki memasuki studio tersebut pada pukul 10.35 pagi sebelum menuang cecair yang disyaki gasolin dan menyalakan api, ketika kira-kira 70 orang sedang bekerja.

Kebakaran yang menjilat bangunan tiga tingkat dikatakan kes arson paling dahsyat dalam masa berdekad.

Api yang turut mengakibatkan letupan, akhirnya berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian. 

Suspek, 41, sedang dirawat di hospital untuk kecederaan pada muka dan dada, kini dalam tahanan polis.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tersedu apabila mendengar berita tersebut. Beliau menerusi akaun Twitter menyampaikan rasa dukacita dan simpati.    
張弘