China Perhebat Perlindungan Harta Intelek

2019-07-19 16:14:41  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_timg (73)


Jabatan Pentadbiran Harta Intelek Negara China (CNIPA) akhir-akhir ini mengumumkan kelulusan paten baharu syarikat Huawei, yang dipanggil "cara dan alat elektronik untuk mengambil gambar bulan".

Tidak lama kemudian, Dewan Negara dalam satu mesyuarat menekankan perlunya mempertingkat penguatkuasaan undang-undang berkaitan perlindungan harta intelek untuk menjaga hak dan kepentingan pelbagai jenis entiti pasaran.

Seiring dengan perkembangan pesat inovasi, kesungguhan China untuk melindungi harta intelek, penggerak terbesar bagi inovasi, juga makin ketara.

Antara inisiatif baharu China pada fasa seterusnya termasuk  menggalakkan pemindaan undang-undang paten, hak cipta dan cap dagang, serta meningkatkan kualti dan keefisienan penilaian harta intelek supaya selaras dengan piawaian antarabangsa.

Kerjasama dengan negara-negara lain juga akan dipergiat bagi memudahkan syarikat China di seberang laut membela hak masing-masing.

Statistik syarikat khidmat paten IFI Claims menunjukkan, syarikat China berjaya memperoleh lebih 12,500 paten di AS tahun lalu, bertambah 12% berbanding tahun sebelumnya. 

Menurut Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pula, Huawei memfailkan lebih 5,400 permohonan paten tahun lepas, paling banyak bagi mana-mana syarikat di dunia.

Bagaimanapun, syarikat China tidak mendapat perlindungan sewajarnya di seberang laut. Misalnya, Senator AS, Marco Rubio baru-baru ini mengusulkan pindaan undang-undang yang melarang Huawei menuntut bayaran paten daripada entiti komersial AS melalui mahkamah tempatan.

Tatkala manusia mengharungi pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi industri, melindungi harta intelek bersamaan melindungi inovasi. 

Usaha China memperhebat perlindungan harta intelek bukan sahaja satu keperluan untuk menjayakan strategi pembangunan dipacu inovasi dan mewujudkan pembangunan berkualiti, malah  untuk memperluas keterbukaan.
張弘