Seru Pertingkat Interaksi, Saling Belajar

2019-07-19 13:40:27  CRI
Share with:

Forum budaya etnik keempat China dan ASEAN berakhir di Guilin, wilayah Guangxi semalam selepas mengeluarkan satu perisytiharan yang menyeru interaksi dan saling belajar antara budaya dan tamadun berbeza dipertingkat untuk menyumbang kepada kerjasama dan pembangunan serantau.

Para tetamu berpendapat China dan negara-negara ASEAN memiliki populasi berbilang kaum dengan budaya berwarna-warni. Negara-negara berkenaan hendaklah menghormati budaya, tradisi dan nilai satu sama lain, serta membina komuniti ekonomi yang saling untung dalam suasana saling percaya.

Dalam pada itu, wadah pertukaran akademik harus dibentuk bagi merancakkan usaha sama penyelidikan dan perkongsian untuk menggalakkan kerjasama serantau dan pembangunan Jalur dan Laluan. 

Forum disertai lebih 150 pakar dan sarjana dari 12 negara, memfokuskan tiga topik iaitu interaksi dan perkongsian budaya, pelancongan budaya dan pembangunan lestari serta pelancongan budaya dan pembangunan bandar.
 

張哲