Cari Kebenaran Melalui Kerjasama, Dialog

2019-07-19 16:05:12  CRI
Share with:

17 Julai genap lima tahun sejak nahas pesawat Malaysia Airlines MH17. 

Kedutaan Besar Rusia di Malaysia dalam kenyataan semalam, menyeru kerjasama dan dialog ditingkatkan untuk mencari kebenaran. 

Kenyataan itu menyebut, walaupun tidak dibenarkan menyertai siasatan, namun Rusia tetap bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan Belanda dan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT). Hanya siasatan secara profesional tanpa motif politik dapat mendedahkan punca nahas.
 
Pada 19 Jun, JIT yang diketuai Belanda memfailkan tuduhan membunuh terhadap empat suspek, tiga daripadanya warga Rusia. Namun, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Beliau menuntut bukti substantif ditunjukkan, bukannya hanya dengar cakap. 

MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 2014. Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.
 

張哲