Sidang Bandar Sahabat China, AS Ke-4

2019-07-19 14:05:31  CRI
Share with:
Persidangan bandar bersahabat ke-4 China dan AS berlangsung di Houston, negeri Texas kelmarin, dengan kehadiran  200 wakil jabatan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat.

Bandar pintar, kerjasama metropolitan dan pertukaran pendidikan menjadi tumpuan persidangan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata acara tersebut dipercayai akan memupuk persahabatan lebih erat dan memperkukuh ikatan kerjasama.

Beliau menyifatkan persefahaman dan persahabatan sesama rakyat asas bagi perkembangan hubungan China-AS dalam jangka panjang.

Setakat ini, sebanyak 227 bandar China dan AS telah menjalin hubungan bersahabat.

Persidangan bandar bersahabat ialah mekanisme interaksi penting di peringkat setempat yang dilancarkan pada 2014. 
梁靚