Usul Baharu Eropah Isyarat Salah

2019-07-20 14:18:37  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_Img405458197

Pada 18 Julai, Parlimen Eropah meluluskan satu usul yang menuntut kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China membatalkan pertuduhan ke atas "penunjuk perasaan damai" dan menjalankan siasatan terhadap tindakan penguatkuasaan undang-undang polis Hong Kong.

China mengemukakan bantahan keras terhadap usul tersebut yang dianggap mengabaikan fakta, tiada konsep salah betul dan mencabar pentadbiran Hong Kong di sisi undang-undang, bahkan mencampuri urusan dalaman China. 

Baru-baru ini, segelintir ekstremis di Hong Kong bertindak menyekat jalan utama, menyerang polis dengan serbuk kimia berbahaya dan merosakkan fasiliti Majlis Legislatif dengan penggunaan kekerasan. 

Rusuhan ganas terancang itu menginjak-injakkan kedaulatan undang-undang, merosakkan ketenteraman masyarakat dan menjejaskan kepentingan asas Hong Kong, juga terang-terangan mencabar prinsip “satu negara dua sistem”. 

Ketika menjalankan tugas, polis Hong Kong kekal tenang dan sabar.  Namun, mereka kemudian diserang penunjuk perasaan hingga 13 daripadanya cedera, termasuk dua yang jari patah digigit. 

Insiden tersebut bagaimanapun disifatkan sebagai "tunjuk perasaan damai" oleh sesetengah anggota Parlimen Eropah, yang bukan sahaja menuntut kerajaan Hong Kong membatalkan pertuduhan terhadap pesalah, malah memfitnah polis Hong Kong melaksanakan undang-undang secara keras. Sikap dwistandard seumpama ini juga mendedahkan hipokrasi kedaulatan undang-undang di Eropah.

Usul berkenaan turut memfitnah kerajaan China melanggar pengumuman bersama dengan Britain, dokumen politik mengenai pemulihan kedaulatan China terhadap Hong Kong yang dimeterai pada 1984.

Setelah Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1 Julai 1997, semua hak dan kewajiban Britain di Hong Kong yang diperuntukkan dalam dokumen tersebut telah selesai ditunaikan. Britain tidak lagi memiliki hak kedaulatan, pentadbiran dan pengawasan terhadap Hong Kong. Kerajaan China melaksanakan kedaulatan penuh di wilayah tersebut mengikut Perlembagaan dan Undang-undang Asas Hong Kong.

Parlimen Eropah penggal baharu sudah dipilih, membawa peluang baharu kepada hubungan China-Eropah. Namun, usul baharu Parlimen Eropah telah mengeluarkan isyarat salah yang tidak kondusif bagi perkembangan ikatan kedua-dua pihak.
 

張弘