AS Tiada Hak Ulas "Kebebasan Agama"

2019-07-20 16:15:59  CRI
Share with:
Timbalan Presiden AS, Mike Pence dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo dalam ucapan masing-masing kelmarin, memfitnah China "menindas" kebebasan beragama dan "mencabul" hak asasi manusia. Ini campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman China dan berniat mencetuskan huru-hara bahkan memecahbelahkan China, sekali gus membawa impak serius terhadap hubungan bilateral.

Segelintir politikus AS sering mengambil contoh Xinjiang dan Tibet untuk memburuk-burukkan dasar etnik dan agama China. Mereka langsung tidak mempedulikan fakta yang telah diakui masyarakat antarabangsa.

Di Xinjiang, terdapat 24.4 ribu masjid yang bermaksud setiap 530 Muslim tempatan memiliki sebuah masjid. Kerajaan tempatan membuka sekolah vokasional bagi membantu mereka yang dipengaruhi fikiran ekstrem dan melakukan jenayah ringan, dengan tujuan mencantas kegiatan keganasan dari tunas.

Dalam tempoh hampir tiga tahun, tiada lagi serangan keganasan berlaku di Xinjiang, membuktikan pelbagai langkah preventif termasuk pembukaan sekolah vokasional adalah amat berkesan.

Di Tibet pula, jumlah rumah ibadat melebihi 1,700 dengan lebih 46 ribu penganut agama Buddha. Kerajaan tempatan membuka Akademi Budisme Tibet, mementingkan perlindungan sistem istimewa dan adat resam agama Buddha, serta menerbitkan banyak buku berkaitan. Penduduk Tibet menikmati kebebasan beragama dengan sepenuhnya, seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Ramai diplomat asing yang pernah menjejakkan kaki ke Xinjiang dan Tibet menilai tinggi kerja-kerja efektif kerajaan China dalam perlindungan hak asasi manusia, khususnya etnik minoriti tempatan.

Akhir-akhir ini, duta 37 negara ke Geneva termasuk dari Rusia, Arab Saudi dan Pakistan mengirim surat kepada Pengerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, memuji hasil usaha memajukan hak asasi serta memerangi keganasan dan ekstremisme di Xinjiang.

Sesetengah politikus AS, yang tidak pernah melihat sendiri keadaan di dua wilayah tersebut, telah mencipta bermacam-macam khabar angin yang bermotifkan politik.

Padahal, jumlah masjid di seluruh AS hanya satu persepuluh berbanding Xinjing. Kerajaan AS penggal ini pula mengeluarkan larangan kemasukan terhadap Muslim dari tujuh negara, yang memburukkan lagi situasi hak asasi manusianya. Dalam konteks ini, adalah amat memalukan sesetengah politikus masih berani tampil menuding jari terhadap negara lain.
張弘