Bantah Campur Urusan Hong Kong

2019-07-20 14:54:16  CRI
Share with:

China membantah keras tindakan Parlimen Eropah menuding jari terhadap pentadbiran Hong Kong di sisi undang-undang dan dasar kerajaan pusat mengenai Hong Kong.

Pada 18 Julai, Parlimen Eropah meluluskan satu usul yang menuntut kerajaan Hong Kong menarik balik pindaan terhadap Ordinan Pesalah Pelarian dan membebaskan penunjuk perasaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata, urusan Hong Kong merupakan urusan dalaman China. Mana-mana kerajaan, pertubuhan dan individu asing tidak berhak campur tangan.

Pihak Eropah digesa menghormati kedaulatan China, mengelakkan sebarang tindakan yang mencampuri urusan Hong Kong, dan tidak menyokong pelanggar undang-undang yang menjejeskan order Hong Kong dengan tindakan ganas.
張弘