Majlis penyampaian anugerah kepada pejuang pendidikan negara diadakan di Beijing hari ini, sempena Hari Guru China ke-35.
Presiden Xi Jinping menyampaikan ucapan selamat Hari Guru kepada pengajar di serata negara, dan berkesempatan menyertai sesi bergambar beramai-ramai bersama tokoh-tokoh cemerlang.
Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan menyatakan, para guru yang membaktikan diri kepada pendidikan rakyat, memberi sumbangan penting kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Beliau turut mengingatkan pihak-pihak berkuasa di seluruh negara agar memberi layanan terbaik kepada guru.