Forum Perdagangan China-Rusia Fokuskan Ekonomi Digital

2019-09-14 15:32:03  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_f4460c05-02ba-4e46-93c4-316b858ee553

Forum Perdagangan China-Rusia yang bertemakan "ekonomi digital-pembangunan tiada batas sempadan" diadakan di Moskow semalam. 

Forum itu diadakan dalam rangka Pesta China di Moskow sempena ulang tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Forum kali ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan dan sosiobudaya dalam bidang ekonomi digital dan e-dagang. Kira-kira 400 orang tokoh menyertai forum tersebut.

Duta Besar China ke Rusia, Zhang Hanhui berkata, dalam tempoh 70 tahun yang lalu, China dan Rusia sokong-menyokong dan mewujudkan situasi menang-menang. Kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara mencapai tahap yang paling tinggi tahun lalu. Menurut matlamat yang ditetapkan oleh pemimpin China dan Rusia pada Jun lalu, jumlah perdagangan bilateral bakal mencapai USD200 bilion (RM823 bilion) menjelang tahun 2024. Kerajsama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara mempunyai peluang baharu dengan panduan perkongsian strategik komprehensif pada era baharu.

徐國瑋