Hun Sen Puji Peranan China

2019-09-17 16:12:10  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_279d9787c847

China telah melakar  pencapaian cemerlang dalam pembangunan negara, sekali gus memainkan peranan penting demi kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Dalam temu bual dengan media China menjelang ulang tahun ke-70 republik ini, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan semasa krisis kewangan Asia pada 1998 dan krisis kewangan dunia pada 2008, ekonomi China yang terus tumbuh telah memberi sumbangan penting. 

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan China membawa faedah kepada negara-negara yang terlibat, menjadikan semakin banyak negara tertarik untuk ikut serta. 

Menyentuh kerjasama ASEAN dan China, Hun Sen menekankan pentingnya memperkukuh perkongsian strategik antara dua pihak. 

Beliau menyatakan mekanisme 10+1 dan 10+3 serta Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) membawa kestabilan dan kemajuan kepada rantau, khususnya melalui pertukaran ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan warga yang lebih rancak.
 

張弘