Pos di China Makin Moden

2019-09-18 11:47:21  CRI
Share with:
Setakat akhir tahun lalu, jumlah urus niaga pos yang dikendalikan di seluruh China melebihi RMB1.2 trilion (RM706.6 bilion). Angka itu mendahului keseluruhan entiti ekonomi maju termasuk AS, Jepun dan negara-negara Eropah, sekali gus menyumbang lebih 50% kepada pertumbuhan industri pos dunia.

Ketua Pengarah Biro Pos Negara, Ma Junsheng memaklumkan, penggunaan teknologi dalam industri pos China meningkat ketara. Kini, China telah menjalin hubungan pos dengan lebih 200 negara dan wilayah. Seiring dengan globalisasi ekonomi, urus niaga pos rentas sempadan semakin bertambah. 

Urus niaga pos di China telah meningkat lebih 7,700 kali ganda berbanding 1949, tahun republik ini ditubuhkan. Jaringan perkhidmatan pos lajunya meliputi lebih 95% pekan dan kampung.
 
張弘