Diplomat Afrika Lawat Xinjiang

2019-09-18 13:49:11  CRI
Share with:

Diplomat dari Afrika menjejakkan kaki ke Xinjiang pada 9 hingga 12 September, mengikut program lawatan anjuran kerajaan tempatan.

Delegasi diatur berkunjung ke komuniti penduduk setempat, pusat pendidikan dan latihan kemahiran vokasional, masjid dan syarikat.

Mereka memuji pencapaian Xinjiang dalam usaha menggalakkan pembangunan sosial secara harmoni, melindungi kebebasan beragama penduduk, mewarisi budaya tradisional serta memerangi keganasan dan ekstremisme.

Para diplomat beranggapan negara-negara Afrika dan China harus memperkukuh pertukaran dan kerjasama dalam usaha menghapuskan keganasan dan pengaruh ekstremis. 
 

覃淼