Mahu Kerjasama BRI Diperkasa

2019-09-18 12:38:41  CRI
Share with:

China dan Filipina menzahirkan hasrat untuk memperkasakan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi melonjakkan hubungan bilateral.

Dalam pertemuan dengan Presiden Rodrigo Duterte di Manila kelmarin, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Chen Min'er berkata China bersedia mempergiat interaksi antara parti dan meningkatkan rasa saling percaya dengan Filipina.

Chen yang juga Setiausaha Jawatankuasa PKC di bandar Chongqing menyatakan Chongqing sudi berkongsi peluang dengan kerajaan setempat Filipina untuk membuat sumbangan baharu melalui interaksi dan saling belajar yang lebih rancak.

Duterte yang juga pengerusi parti pemerintah, PDP-Laban pula menyampaikan penghargaan atas bantuan China terhadap pembangunan Filipina.

Katanya, Filipina bersedia berganding tangan dengan China untuk meningkatkan penyelarasan antara BRI dengan program "Bina, Bina, Bina".

梁靚