PM Li Temu Presiden Rusia

2019-09-19 12:27:44  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow petang semalam untuk membincangkan hubungan dua hala.

Agenda tersebut menyusuli pertemuan dengan Perdana Menteri, Dmitry Medvedev di St. Petersburg.

Li menyatakan China dan Rusia jiran terbesar bagi satu sama lain. Perkembangan hubungan yang sihat dan stabil bukan sahaja menguntungkan dua pihak, malah kondusif bagi rantau dan dunia.

China mahu memperkukuh persahabatan, kerjasama dan pertukaran dengan Rusia, di samping bersama-sama mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sistem perdagangan multilateral berlandaskan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Sambil mengatakan China dan Rusia mempunyai prospek kerjasama luas, Li menzahirkan kesediaan China untuk meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEU), serta mengoptimumkan perdagangan bilateral dari segi skala dan kualiti. 

Katanya, China sedang memperluas keterbukaan dan potensi pasarannya akan mendatangkan lebih banyak peluang kepada syarikat seluruh dunia termasuk Rusia.

Kedua-dua pihak diharap mempertingkat pelaburan dan akses pasaran, dan memperbanyak peluang kerjasama untuk syarikat.

Putin pula menyatakan hubungan dengan China menjadi keutamaan dasar luar Rusia, juga penstabil penting bagi hubungan antarabangsa. 

Pertemuan Li dan Medvedev telah membawa kemajuan baharu kepada kerjasama praktikal. Rusia bersedia memperkasakan penyelarasan strategi pembangunannya dengan BRI, sambil memperluas perdagangan dan menggalakkan pembangunan bersama. 

Li tiba di Moscow selepas mempengerusikan pertemuan berkala ke-24 antara ketua kerajaan bersama-sama Medvedev di St. Petersburg.

梁靚