UNSC Kecam Serangan di Afghanistan

2019-09-20 12:52:19  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengecam keras rentetan serangan keganasan yang berlaku di Afghanistan baru-baru ini.
 
UNSC dalam satu kenyataan media menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Kenyataan itu menegaskan pelaku, perancang, pembiaya dan penyokong tindakan ganas sebegini mesti diheret ke muka pengadilan. 

Untuk itu, semua negara digesa bekerjasama aktif dengan kerajaan Afghanistan dan pihak-pihak lain yang berkenaan mengikut kewajipan yang ditetapkan undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC. 

UNSC turut menekankan perlunya melakukan usaha terbaik untuk mencantas ancaman keganasan terhadap keamanan dan keselamatan dunia.

Satu serangan bom kereta menggoncang bandar Qalat, wilayah Zabul di selatan Afghanistan semalam, menyebabkan 15 maut sementara 66 lagi cedera. 

Dua hari sebelum, serangan dilaporkan di wilayah Parwan, timur Afghanistan ketika orang ramai berhimpun untuk kempen pilihan raya presiden, mengakibatkan 24 maut dan 32 lagi cedera.

Satu lagi serangan berani mati dilaporkan di Kabul pada waktu malam hari sama, meragut 22 nyawa dan mencederakan 38 yang lain.

Taliban Afghanistan telah tampil mengaku bertanggungjawab atas ketiga-tiga serangan.

 

梁靚