BRI Pertingkat Kerjasama China, ASEAN

2019-09-20 16:05:06  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 akan membuka tirai di Nanning, Guangxi esok, dengan tema yang memfokuskan pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta hala tuju kerjasama. 

China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 10 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan mencecah USD587.9 bilion pada tahun lepas, meningkat 14.1% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan antara satu sama lain pula melebihi USD200 bilion. 

Berdepan pusingan baharu revolusi teknologi dan transformasi industri serta impak amalan unilateral dan perlindungan terhadap pertumbuhan dunia, kerjasama ekonomi dan perdagangan lebih rapat antara China dan ASEAN mempunyai makna yang amat signifikan.

CAEXPO kali ini diharap mengambil peluang daripada BRI untuk menaiktarafkan sinergi agar menyumbang kepada kemakmuran kedua-dua pihak, malah seluruh rantau Asia Pasifik.

張哲