Beijing Tambah Baik Iklim Perniagaan

2019-09-20 13:19:53  CRI
Share with:

Ibu negara China, Beijing terus-menerus menggalakkan pusingan baharu keterbukaan pada tahap lebih tinggi dan mempercepat transformasi penjana pembangunannya pada tahun-tahun kebelakangan ini, khususnya dari segi iklim perniagaan. 

Pada tahun lepas, Beijing dinobatkan sebagai yang paling unggul  dalam ranking penilaian iklim perniagaan komprehensif membabitkan 22 bandar seluruh negara.

Laporan Iklim Perniagaan 2019 terbitan Bank Dunia hujung tahun lalu meletakkan China di tangga ke-46, satu lonjakan besar dari tangga ke-78 sebelumnya.  Kemajuan ini mustahil dicapai tanpa sumbangan Beijing.

Pada 2015, Beijing menjadi satu-satunya bandar rintis keterbukaan sektor perkhidmatan di China. Sebanyak 68 inisiatif keterbukaan dan inovasi telah diperkenalkan bandar raya itu, dan turut dijadikan rujukan kepada bandar-bandar lain. 

Dalam enam tahun lalu, jumlah penggunaan sebenar pelaburan asing di Beijing mencecah USD 95 bilion (RM397 bilion), dengan purata pertumbuhan tahunan lebih 14%. 

Antaranya, perdagangan perkhidmatan menyaksikan pertumbuhan yang agak pesat dengan kadar tahunan hampir 9.5% secara purata.

梁靚