Pusat media bagi sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China akan mula beroperasi Isnin depan.
Laman sesawangnya dalam bahasa Mandarin dan Inggeris (www.70prc.cn) akan dibuka esok untuk menyediakan perkhidmatan seperti makluman liputan kepada media tempatan dan asing serta berita mengenai aktiviti sambutan.
Untuk memudahkan wartawan mengakses perkhidmatan dan maklumat, pusat media itu juga membuka akaun WeChat selain blog mikro Sina dan Toutiao.