Xi Ucap Tahniah Sidang Pembuatan Dunia

2019-09-20 14:44:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena perasmian Persidangan Pembuatan Dunia 2019 di Hefei, provinsi Anhui hari ini.

Beliau menyatakan industri pembuatan global sedang mengalami perubahan besar, maka memerlukan  kerjasama dan saling belajar yang lebih rancak sesama negara.

Semua negara hendaklah merebut peluang yang dibawa pusingan baharu revolusi industri, meningkatkan kemampuan inovasi teknologi, di samping menggalakkan pembaharuan dari segi kualiti, keefisienan dan penjana sektor tersebut.

China amat mementingkan industri pembuatan, mengamalkan strategi pembangunan dipacu inovasi, dan melihat pembuatan berkualiti sebagai satu pemangkin penting untuk memodenkan ekonomi.

China bersedia bersama-sama semua pihak menggalakkan penerokaan teknologi baharu dalam industri pembuatan, sekali gus menyumbang kepada  pembangunan berkualiti industri pembuatan sedunia agar hasilnya dapat dikongsi bersama.

張弘