Niat AS Mustahil Berjaya

2019-09-20 14:34:52  CRI
Share with:

Pertemuan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dengan anasir pemisah Hong Kong, Joshua Wong dan Denise Ho mendedahkan niat sesetengah politikus AS untuk menimbulkan "revolusi warna" di Hong Kong.

Tindakan tersebut terang-terangan mencampuri urusan dalaman China, melanggar undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa.

China tidak akan membiarkan campur tangan dari luar. Sebarang percubaan untuk menjejaskan dasar "satu negara, dua sistem" serta kemakmuran dan kestabilan Hong Kong pasti akan ditentang seluruh rakyat China. 

Sekiranya situasi huru-hara berlarutan hingga tidak dapat dikawal, kerajaan pusat tidak akan duduk diam sahaja. 

 

張哲