AS Digesa Henti Lobi Akta Berkaitan Tibet

2019-09-20 13:36:52  CRI
Share with:

AS digesa berhenti melobi rang undang-undang berkaitan Tibet dan jangan lagi mempergunakan isu Tibet untuk mencampuri urusan dalaman China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berujar demikian selepas sesetengah pembuat undang-undang AS mengusulkan rang undang-undang terbabit di Dewan Perwakilan. 

Geng berkata, tindakan tersebut  melanggar norma asas hubungan antarabangsa dan memberi isyarat salah kepada pemisah di Tibet. China membantah keras tindakan seumpama.
 

梁靚