AS Digesa Henti Campur Isu HK

2019-09-20 12:03:43  CRI
Share with:
AS digesa menghentikan segala tindakan yang mencampuri urusan Hong Kong.

Gesaan dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang susulan kenyataan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi bahawa kedua-dua parti dalam kongres menyokong Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong.

Geng berkata Pelosi dan politikus AS lain tidak mempedulikan betul salah, mengadakan sidang media bagi melobi kelulusan rang undang-undang berkenaan dan melibatkan diri dengan anasir pemisah di Hong Kong. China menentang keras tindakan AS itu.

 
張哲