Semangat Juang Cipta "Keajaiban"

2019-10-02 14:11:35  CRI
Share with:
Semangat berjuang dengan bersatu padu digambarkan sepenuhnya dalam perbarisan tentera dan perarakan rakyat sempena sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC) pada 1 Oktober.

Presiden Xi Jinping juga berkata, perpaduan jaminan penting bagi bangsa mengatasi segala onak ranjau dan melakar kemenangan satu demi satu.

Perpaduan ialah kekuatan, terbukti dengan perjuangan seluruh rakyat untuk mengatasi bencana alam dan cabaran dalam pembangunan.

Semangat ini telah lama diterap dalam budaya tradisional hingga lahirnya sebuah negara berbilang kaum yang bersatu, sebuah keluarga yang bergotong-royong. Rakyat China juga sedar bahawa kebahagiaan tidak datang tanpa perjuangan. Semangat berjuang yang bersatu padu inilah sumber keyakinan rakyat China.

Tinjauan oleh Ipsos MORI, firma penyelidikan pasaran dan pendapat umum yang berpangkalan di Britain mendapati 94% responden China yakin terhadap jalan pembangunan negara mereka.
張哲