Vietnam Eksport Produk Tenusu ke China

2019-10-23 13:50:11  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_圖3越南TH乳品股份公司的牛奶産品.JPG

Kumpulan pertama produk tenusu Vienam dieksport ke China pagi semalam. Syarikat TH True Milk (TH) Vietnam menjadi syarikat pertama di negara itu yang telah mendapat kod pendaftaran dan diluluskan untuk mengeksport produk tenusu secara rasmi ke pasaran China.

圖片默認標題_fororder_圖2中國駐越南大使熊波致辭.JPG


Duta Besar China ke Vietnam, Xiong Bo menyatakan, kerjasama perdagangan produk pertanian yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat jelata, amat penting dari segi ekonomi dan juga segi sosial. Beliau menekankan, unilateralisme dan amalan perlindungan telah memberikan temparan serius kepada orde ekonomi antarabangsa pada masa kini, dan ini juga menjadi cabaran bersama yang dihadapi kedua-dua negara China dan Vietnam yang sudah berkembang menjadi entiti ekonomi bersifat terbuka. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara membangun termasuk Vietnam memelihara multilateralisme dan membina ekonomi dunia yang terbuka.

圖片默認標題_fororder_圖1越共中央委員、農業與農村發展部部長阮春強致辭.JPG

Menteri Pembangunan Pertanian dan Desa Vietnam, Nyuyen Xuan Cuong menggesa syarikat tenusu Vietam mengambil kesempatan untuk meneroka pasaran China dengan aktif.

曹捷