Tiga Saranan Galak Globalisasi

2019-11-06 11:26:27  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping telah mengemukakan tiga saranan bagi menggalakkan globalisasi ekonomi, semasa perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua di Shanghai semalam.

Tiga saranan menumpukan pasaran global, mekanisme perkongsian dan mod kerjasama sejagat, memperlihatkan keikhlasan China bagi mewujudkan pembangunan bersama dengan negara-negara lain.

Beliau turut mengumumkan lima langkah baharu untuk menggalakkan keterbukaan bertaraf lebih tinggi, yang menyuntik penggerak kepada pembentukan ekonomi dunia yang terbuka dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Penganjuran CIIE inisiatif penting China untuk membuka pasaran kepada dunia. Selaku entiti ekonomi kedua terbesar, China komited membuka pintu lebih luas.

張弘