Xi Lawat Muzium Acropolis di Greece

2019-11-13 11:49:41  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125224191_15735723607371n

圖片默認標題_fororder_1125224191_15735723352181n


Presiden China Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan telah melawat Muzium Acropolis dengan ditemani Presiden Greece, Prokopis Pavlopoulos dan isterinya pada semalam waktu tempatan. Xi menegaskan China dan Greece perlu meningkatkan interaksi sosiobudaya, menggalakkan dialog tamadun, memberi sumbangan sewajarnya bagi mendorong hidup secara harmoni dan saling belajar antara tamadun dan negara yang berlainan, mendorong keamanan dan kemakmuran dunia serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Prokopis Pavlopoulos pula berkata, Greece menyanjung tinggi pencapaian pembangunan modenisasi China dan piawaian moral yang diamalkannya di arena antarabangsa. Greece dan China perlu terus meningkatkan kerjasama dan interaksi demi keamanan dunia dan masa depan yang lebih cerah bagi rakyat bumi.

張憲