Presiden Xi Hadiri Majlis Penutupan Forum Industri dan Perniagaan BRICS

2019-11-14 10:59:56  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125231278_15737041318321n

Usahawan bidang industri dan pernigaan diharapkan mengambil peluang, menghadapi cabaran, terus berdasarkan kelebihan masing-masing giat menyertai dan mendorong kerjasama ekonomi negara BRICS, dan melabur serta menguruskan perusahaan di negara BRICS supaya dapat memberi sumbangan pragmatik bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menawarkan peluang kerja di negara BRICS. 


Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Forum Industri dan Perniagaan BRICS di Brasilia semalam waktu tempatan. Presiden Xi menegaskan pembangunan China merupakan peluang bagi seluruh dunia. China akan terus membuka pasaran, memperluas import, menyempurnakan persekitaran urus niaga dan menyediakan syarat pembangunan lebih baik bagi sektor korporat. Selain itu, pelaksanaan Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI) telah memasuki fasa pembangunan baharu yang berorientasikan kualiti tinggi. Oleh itu, kalangan usahawan diharapkan merebut peluang ini untuk mengambil bahagian dalam pembangunan BRI demi membuahkan hasil kerjasama yang semakin banyak.

圖片默認標題_fororder_1125231278_15737046649541n

張憲