Masjid Taipei, Masjid Moden Pertama Taiwan

2020-01-14 14:24:58  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_31

 

Masjid Taipei yang dahulunya dipanggil sebagai Masjid Jalan Lishui, merupakan masjid moden yang pertama di Taipei, ibu kota provinsi Taiwan, China.
 
Pada tahun 1948, saudagar Islam yang berpindah dari Beijing menyumbang derma untuk membina sebuah surau di jalan Lishui Taipei, yang diberi nama Masjid Jalan Lishui.
圖片默認標題_fororder_32
 
Wang Jingzhai dan Ma Songting, imam tersohor di China juga pernah menyandang jawatan sebagai imam di surau itu.
 
Pada tahun 1958, dengan sumbangan tokoh Islam tempatan dan raja Arab Saudi dan Jordan, Masjid Jalan Lishui dibina semula dan siap selepas dua tahun. Masjid baharu itu diberikan nama Masjid Taipei.

Masjid moden tersebut turut menempatkan beberapa pejabat badan agama Islam Taiwan.
圖片默認標題_fororder_33
徐國瑋