Xi Temui Aung San Suu Kyi

2020-01-18 10:27:38  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125476499_15792909265761n

Setelah menghadiri upacara sambutan yang diadakan oleh Presiden Mynamar, U Win Myint di Jabatan Presiden petang semalam, Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Aung San Suu Kyi mengalu-alukan lawatan Presiden Xi. Beliau berkata Myanmar bersedia berganding bahu dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib. Beliau yakin lawatan Xi kali ini pasti akan merancakkan hubungan kedua-dua negara.

Xi menegaskan pendirian China untuk menyokong Myanmar menempuh jalan pembangunan sendiri, di samping menyatakan hasrat untuk mengintensifkan persahabatan “Pauk-phaw” antara rakyat kedua-dua negara serta membina komuniti berkongsi nasib China-Mynamar.

圖片默認標題_fororder_1125476499_15792909387621n

曹捷