PM Li Tinjau Kerja di Wuhan

2020-01-28 14:33:27  CRI
Share with:

 

圖片默認標題_fororder_1125506467_15801345879021n

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di bandar Wuhan untuk meninjau kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Di Hospital Jinyintan yang merawat paling banyak kes jangkitan dan pesakit kritikal, PM Li telah berinteraksi dengan kakitangan yang bertugas di wad tekanan negatif.

Beliau meminta pegawai-pegawai yang mengiringi kunjungannya supaya menjamin bekalan yang mencukupi bagi bahan-bahan yang diperlukan seperti pakaian pelindung dan penutup mulut dan hidung. 

圖片默認標題_fororder_1125506467_15801345879571n

Li juga melawat ke tapak pembinaan Hospital Huoshenshan yang akan dijadikan tempat khas bagi menerima dan merawat mereka yang dijangkiti. 

Ketika meninjau di sebuah pasar raya, beliau berbual-bual dengan para pembeli bagi menggalakkan mereka kekal yakin, kerana bekalan barang tidak akan terputus dan harganya stabil dengan adanya saluran hijau pengangkutan yang sudah beroperasi.

Semasa menziarahi Pusat Kawalan Penyakit Provinsi Hubei pula, PM Li memberi kata-kata galakan kepada ahli penyelidik untuk terus mengkaji koronavirus jenis baharu ini.

張憲