Kerja Baharu Sekali Lagi Lebih 13 Juta

2020-01-28 13:33:58  CRI
Share with:

Pada tahun lepas, sebanyak 13.52 juta peluang kerja baharu ditawarkan di bandar dan pekan serata China.

Data Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan, angka itu kekal di atas paras 13 juta untuk tujuh tahun berturut-turut, jauh lebih tinggi daripada sasaran 11 juta setahun yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pada setiap bulan, kadar pengangguran menurut tinjauan nasional di bandar dan pekan kekal antara 5% hingga 5.3%, lebih rendah daripada 5.5% yang disasarkan 

Kadar pengangguran berdaftar pula mencatat 3.62% pada hujung tahun lepas, iaitu 0.18 mata peratusan lebih rendah berbanding hujung tahun sebelumnya. Ini selaras dengan paras kawalan kurang daripada 4.5% yang ditetapkan kerajaan.

曹捷