WHO Puji Langkah China Cegah Penularan Wabak

2020-01-28 17:01:10  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ditemui Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di Beijing semalam. Tedros berkata, setelah berlakunya wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, China berjaya mengenal pasti pathogen virus jenis itu dan berkongsi maklumat seluruh urutan genom dengan WHO dan negara-negara lain dalam masa yang pendek yang memecahkan rekod. Persiden, Xi Jinping dan kerajaan China memberikan perhatian yang cukup tinggi tentang kawalan wabak tersebut serta mengambil pelbagai langkah yang berkesan. Operasi China sungguh mengagumkan. WHO dan masyarakat antarabangsa memuji operasi yang dijalankan oleh China dan mengucapkan terima kasih atas usaha China. WHO komited memperkasakan kerjasama dengan China serta menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan oleh China. 
Wang Yi pula memuji pendirian WHO yang objektif. Menurutnya, lawatan Tedros kali ini menunjukkan sokongannya terhadap China serta mendorong kerjasama antara kedua-dua pihak. 

徐國瑋